Madu Pulut Asli, hari bertuah, ubat untuk orang dapat zuriat, ayat al-quran sebagai penawar, menyimpan dengan betul, tip menyimpan, mudah dapat zuriat, Bagaimana cara meningkatkan trafik, bunuh diri, gadis cuba bunuh diri, terima kasih geng blogger, Jom Berzikir Dan Berwirid..
Sukanya aku hari ini.. boleh jugak aku membeli sham di bank rakyat .. dah berhari2 dah aku pergi ke bank rakyat sebab nak beli saham.. tapi hari ini baru aku berjaya utk membeli saham tersebut..
Cubala ko orang bayangkan .. hari pertama aku pergi lupa nak bawa photostat IC...
hari kedua pergi bank tu tutup pukul 3 petang lak.. aku sampai kul 3.30 petang. tension rasanya.. aku pergi pula hari juamaat.. di pintu tulis 12.45 tapi kul 12 dah tutup...
hari ini la baru aku membeli saham di bank rakyat.. tapi dapat 500 jer.. tapi nasib baik dia bukak lagi bulan 5 ni.. kepada sesiapa yg ingin membeli saham lebih dari 500 ringgit boleh la mengisi borang tambahan.. sebab setiap org akan dapat menyimpan sehingga 100K...
Yg tu kira bernasib baik la kalau dapat.. sebab benda tuh semua kena Q... kalau ada rezeki kita dapat la kita menambah saham kita di bank rakyat... \
bagi sesiapa yang masih tidak mengisi lagi borang tambahan .. boleh la anda semua berbuat demikian sekarang.. itu saje la aku nak cite utk kali ni...
di bawah ini ada notis utk ko org semua.. jangan pergi beli saham dengan wakil yg tidak dikenali.. seboleh2nya pergi terus la ke bank rakyat.. nanti tak pasal2 duit hilang saham tak dapat.. heheh
Bagi yang sudah menjadi ahli Bank Rakyat dengan membeli saham baru-baru ini, mesti gembira kan? Sorrylah sekarang ni asyik cerita mengenai saham Bank Rakyat aja. Yang ni adalah notis penting mengenai saham Bank Rakyat yang saya dapat kat facebook.
So berhati-hatilah bagi yang baru nak langgan dan ada pihak yang mengaku dilantik oleh Bank Rakyat bagi tujuan pembelian saham. Proses untuk memiliki saham Bank Rakyat hanya boleh dilakukan di cawangan Bank Rakyat sahaja.
Macam-macam le dengan orang yang mengambil kesempatan.
Kecewanya aku mala ni.. Negeri aku kalah bola la malam nih... Sayang sekali tak boleh nak kekalkan kedudukan teratas liga.. kalau selangor kalah malam nih ok jugak.. aku tak tahu la macam mana boleh kalah sbb game tuh aku tak boleh tengok.. aku kat KL sekalang ni.. Aku baru jer lepas baca keputusan.. memang terkejut la tengok kelantan kalah 4-3.. mesti best game malam ni sbb banyak gol.. sape2 yang tengok game tuh boleh la cite kat aku.. apa yg terjadi malam nih.. hahaha
maklum la .. dua tahun kebelakangan nih kan pasukan aku tngah naik.. dulu2 tak nak tengok gak.. sbb asyik kalah jer memanjang.. hehehe... Jom la semua penyokong kelantan.. kita bagi sokongan yang padu kat negeri kitayer.. hehehe
mata dah rasa ngantuk dah nih.. cukup la coretan aku malam ni.. nanti la esok aku sambung lain.. esok pagi2 dah nak bangun pi kerja.. nantikan merah lagii aku kat tempat kerja esok.. hehhe
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir Penyanyi Wanita Popular - Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Sixth Sense
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Tgk ... Tahun Depan Mesti Nama Aku Yang Naik Lak... Hahahahahha....
GENTING HIGHLANDS: Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini sebentar tadi.
Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.
Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.
Shaheizy juga memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.
Trofi Bintang Paling Popular 2009 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang pada majlis kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars, di sini bertemakan Moden & Klasik dengan disaksi lebih 5,000 penonton.
Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.
Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM dan laman web rasmi, NSTP e-media.
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniwati veteran, Datuk Rosnani Jamil, 75, sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang perfileman tanah air selama hampir 60 tahun.
Lisa Surihani mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Faizal Tahir menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.
Yuna mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Kategori berkenaan sebelumnya disandang 13 kali oleh Datuk Siti Nurhaliza.
Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi kumpulan Sixth Sense, manakala Rabbani terus mempertahankan gelaran Penyanyi Nasyid Popular buat kali kesembilan.
Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Remy Ishak dan Fasha Sandha.
Juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir, memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Ana Raffali meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.
Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali ketiga mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.
Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.
Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kesembilan.
ABPBH 2010 ialah edisi ke-24 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.
Edisi kali ini ditaja Celcom Axiata Bhd sebagai penaja utama.
hooreyyyy......... akhirnya terjawab jugak anugerah bintang paling popular.. semua yg aku teka semua kena... tapi kenapa aku tak dapat grand livina.. hahahaha..
Tahniah kepada SHAHIEZY SAM kerana telah memenagi ABPBH pada tahun 2011 nih.. hehehe
Aku pun paling minat dia.. memang dia boleh bawa banyak watak.. kalau jahat memang jahat sangat... kalau yg lembut tuh macam nyah la pulak... meang hidup la semua lakonan dia..
Kira beruntung jugak la dia sebab Dato' Siti Nurhaliza tak ada dia boleh menang..... Apa2 pun tahniah sekali lagi kepada shahiezy sam ....
Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalambidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan.
Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:
Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang dokter. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.
A. dr Jon Sumawan (suka main perempuwan) B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras) C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..
Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.
Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit! Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti kegemaran masing-masing.
Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.
Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.
Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'
Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.
Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.'
Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C.
Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.
Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.
Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!
Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung.
Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!
Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.
Dia berkata: JIN GUOBLOOOKK ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!
Safety Lesson-nya : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya'
Hari nih sudah genap 5 bulan aku renovate rumah.. nak kata buat banyak tak la banyak.. cuma buat grill pagar, awning n simen depan rumah tuh jer.. tapi tak siap2 lagii.. bila la dia org ni nak datang buat.. dah malas dah nak marah.. sekali marah datang seharii.. pastuh sebulan tak datang...
Aku nasihatkan ko org semua.. kalau kontraktor yang duduk dekat semenyeh tuh berhati2 la sikit.. harga dia memang murah.. tapi 5 bulan pun tak siap lagi.. tension2 rasa sekarang nih.
Aku rasa kontraktor nih tak nak duit kot. duit dia pun aku tak bayar lagi... kalau aku nih kepala angin sikit aku dah saman dia tuh.. kira macam aku renovate free la.. siap boleh mintak duit tambahan lagi kalau aku buat cam tuh.. hehhehe..
Tak apa la .. aku malas nak dak marah2 dia.. kalau dia datang ok lah.. kalau dia tak datang lantak dia la.. duit dia pun ada lagi dgn aku nih,,, lagi pun sikit jer lagi yang tak siap.. cuma simen at depan jer lagi.. tapi sakit la hati jugak sbb tengok bertampung2...
Ko orangbagi la tau aku apa tindakan yg aku harus buat pada kontraktor nih... dah abis ayat dah aku tiup.. tapi tak datang2 jugak.. hehehhehe
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.
Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.
Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.
Sebelum ini media sentiasa sahaja menyiarkan aktiviti Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sering melakukan senaman poco-poco ini khasnya di tempat awam.
Bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan senaman ini di atas pentas bersama isteri dan pembesar negara yang lain. (gambar atas)