Ping Busuk

Wednesday 30 March 2011

Sambung Bagaimana meningkatkan Trafik..

Hai semua penbaca blog aku nih.. Aku tak tahu la sapa yang nak baca yang aku tulis nih... aku dah pening sekali lagi... Rupanya susah cara untuk meningkatkan trafik nih.,.. Yang tak tahan nya aku sena mengadap komputer 24 jam.. kalau aku tak masuk jer mesti tak ada org nak masuk blog aku.. dalam google pun tak semua entri yang ada kat situ.. pening.. pening... pening....



Kepada Pembaca yang baca entri aku nih.. tolong la bagitau aku,.. apa yang aku harus buat lagiii supa blog aku akan sentiasa dikunjungi oleh blogger2 lain..

OK la semua.. aku hanya menulis macam ni bila aku tension jer... semoga ada la yg akan bagi idea kepada aku nanti.. hehehhee

Tuesday 29 March 2011

Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

Assalamualaikum semua....

Aku tulis ni semua sebab aku mau trafik dari bangku kosong.. sebab dia janjikan trafk boleh menjangkau ke 300-400 sehari.




Aku perlukan trafik ni sebab aku tak tahan dah tengok blog aku tak ada org nak masukk.. lagi pun blog aku nih bukan dikenali ramai lagi.. harapnya dengan adanya bangku kosong nih boleh meningkatkan lagi trafik blog aku ni.. kepada semua yang baca entri ni boleh la kalau nak join sekali.. tapi aku tak tahu la lama mana lagi bangku kosong ni terima pendaftaran.. hehehheeh

Sunday 27 March 2011

Jom La Geng Blogger Kita Sama2 Berwirid & Berzikir

Di sini aku nak menyeru kepada semua manusia supaya kita sama2 berwirid dan berzikir.. semoga kehidupan harian kita akan sentiasa diberkati oleh Allah SWT. DI bawah ni aku sertakan kepada ko orang semua contoh zikir harian yang pendek2 jer.. nak kasi yang panjangkan takut lagi malas nak baca.. nak hafal pun senang..



Jom sama2 kita berzikir...


Mari Beramal......

Friday 25 March 2011

Seorang Gadis Cuba Membunuh Diri Di KB Mall

Kota Bharu:Seorang Pelajar Perempuan cuba untuk membunuh diri dari tingkat atas KB Mall Kota Bharu.Sebab utama cubaan untuk membunuh diri masih tidak diketahui.Menurut saksi yang berada ditempat kejadian,pelajar perempuan mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana putus cinta dan ada juga yang mengatakan bahawa disebabkan oleh keputusan SPM yang kurang memuaskan.Motif sebenar masih tidak diketahui.




Pening aku dengan orang zaman sekarang.. Diaorang tak tahu ker mati bunuh diri Allah tak akan ampunkan sampai bila2.. Wahai semua manusia .. Fikirkanlah dahulu sebelum melakukan sesuatu perbuatan..
Kita sama2 la berdoa agar gadis itu dapat menerima hakikat.. bunuh diri bukanlah jalan penyelesaiannya..

Terima kasih Geng Blogger...

Sukanya aku pada hari ini.. ini la kali pertama blog aku dikunjungi n diberi komen.. terima kasih kepada geng blogger... aku dah hampir sebulan buat blog ni.. tapi aku tidak tahu cara untuk aku tingkatkan trafik pada blog.. semalam semasa aku baca blog org daripada geng blogger aku cuba register dan masuk geng blogger.. aku cuba ping artikel aku pada hari ini.. tup2 dah ada org masuk n suruh aku bersabar..dia org suruh aku berusaha lagi.. terima kasih geng blogger...

Thursday 24 March 2011

Bagaimana Cara Meningkatkan Trafik..

Aku Sudah pening.. dah berminggu2 aku kaji macam mana cara untuk meningkatkan trafik.. dah bermacam-macam cara aku guna.. tapi tetap sama.. masih tak ramai yang masuk blog aku.. aku dah baca forum.. dan dah buat bermacam2 cara.. tapi hasilnya tetap sama...  Kepada semua otai2 blog.. kalau ko orang semua kesiankan aku ni, ajar la aku macam mana cara menngkatkan trafik. aku mau jugak jadi macam blogger lain.. trafik sampai 2 3 ribu sehari.. aku kalau dapat 200 sehari pun aku dah bersyukur.. sekarang ni nak update blog pun dah rasa tak ada mood sbb tak ada manusia yang nak baca blog aku ni...

Segala kerjasama ko orang semua aku ucapkan berbanyak2 terima kasih la.. hahahahha

Wednesday 23 March 2011

Seks boleh membunuh: Penyelidik AS

CHICAGO: Perubahan mendadak aktiviti fizikal daripada tahap sederhana kepada tinggi seperti berjoging dan melakukan hubungan seks, meningkatkan risiko serangan jantung terutama kepada mereka yang jarang bersenam, menurut penyelidik Amerika Syarikat.

Doktor sudah lama mengetahui bahawa aktiviti fizikal boleh menyebabkan masalah serius jantung tetapi penyelidikan terbaru itu membantu mengukur risiko itu, kata Dr Issa Dahabreh daripada Pusat Perubatan Tufts di Boston.

Penyelidikan beliau disiarkan dalam Journal of the American Medical Association.

Kumpulan penyelidik itu menganalisis data daripada 14 penyelidikan yang mencari kaitan di anatara senaman, seks dan risiko serangan jantung atau kematian kardiaologi secara tiba-tiba - ritma jantung berbahaya yang menyebabkan jantung berhenti mengepam darah.

Mereka mendapati individu adalah 3.5 kali ganda berkemungkinan mengalami serangan jantung atau kematian kardiologi secara tiba-tiba jika mereka bersenam berbanding mereka yang tidak bersenam.

Individu juga 2.7 kali ganda berkemungkinan mengalami serangan jantung ketika mengadakan hubungan seks atau sejurus kemudian berbanding mereka yang tidak melakukannya.

Keputusan SPM Keluar Hari Ni... Jom Semak Ramai-Ramai..

Pagi-pagi tadi sementara nak menunggu traffic light bertukar menjadi hijau, teman sempat sms anak sedara teman untuk dapatkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran. Maklum la, hari ini keputusan SPM akan keluar. Teman nak try guna mySMS 15888 untuk mendapatkan keputusan SPM tersebut.



Cara nak SMS keputusan SPM senang ja.
1. Taip SPM Semak [no IC] [no angka giliran]
2. Hantar kepada 15888
3. Tunggu reply dari mySMS

Semakan keputusan SPM boleh dibuat bermula pada 23 Mac 2011 (Rabu) mulai 10.00 pagi sehingga 30 Mac 2011 (Rabu) 12.00 tengah malam.

Teman try banyak kali dah tapi nampaknya line sibuk sangat. Ingatkan nak surprise anak sedara teman tadi. Terpaksa la teman call dia jugak jap lagi. Tapi teman yakin anak sedara teman mesti dapat keputusan yang gempak macam teman jugak dulu. Hekhekhek... Kakak teman cakap, anak sedara teman ni perangai macam teman masa teman muda-muda dulu. Anak sedara teman ni kira best student la dekat Pahang tu. Teman ingat azam anak sedara teman ni sebelum ambil SPM. Dia cakap dia nak mengatasi result Nur Amani yang keluar dalam tv dulu. Kepada Wan Nur Zabirah, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan gempak serta mengatasi rekod Nur Amani... Amin...  

Friday 18 March 2011

Pendidikan Seks Dalam Islam

BAB seks sering dianggap tajuk yang sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Justeru, ada ibu bapa yang berharap anak-anak akan 'belajar' atau memahaminya secara semulajadi, tanpa perlu bersoal-jawab dengan ibu bapa.
Sebab itulah, ramai yang menyatakan kebimbangan jika cadangan mewujudkan subjek pendidikan seks di sekolah menjadi kenyataan.
Jangkaan ibu bapa, jika ia diajar di sekolah, rasa ingin tahu anak-anak akan membuak-buak lantas membawa mereka melakukan eksperimen terhadap ilmu baru yang diperolehi itu.
Pendidikan seks di rantau Asia melalui status perkembangan yang pelbagai. Negara seperti Indonesia, Mongolia dan Korea Selatan mempunyai rangka polisi yang sistematik tentang pengajaran seks di sekolah.
Bagaimanapun, Malaysia dan Thailand melihat pendidikan kesihatan reproduktif adalah lebih sesuai kepada golongan remaja.
Di Jepun, pendidikan seks adalah wajib bagi remaja berusia antara 10 ke 11 tahun. Bagaimanapun topik utamanya berkisar kepada bab biologi seperti baligh yang melibatkan bab haid dan keluar mani.
Di China dan Sri Lanka, pendidikan seks tradisionalnya adalah membaca buku teks biologi yang berkaitan bab reproduktif. Sri Lanka juga hanya mengajar bab ini apabila remaja berumur 17 dan 18 tahun.
Demikian antara senario apabila membicarakan bab pendidikan seks di beberapa negara di rantau Asia ini.
Bagaimanapun, pendidikan seks sebenarnya bukan semata-mata membincangkan bab hubungan intim suami isteri. Sebaliknya, ia melibatkan isu berkaitan anatomi manusia.
Bagi ibu bapa yang menghalang pendidikan seks diajar di sekolah, kita memahami kebimbangan mereka. Namun, untuk memutuskan pendidikan seks tidak perlu diajar kerana merasakan anak-anak itu akan tahu sendiri, bukan tindakan yang bijak.
Sebenarnya, ibu bapa tidak ada pilihan. Sama ada mereka membenarkan ia diajar di sekolah, atau mereka sendiri yang perlu mengajarnya.
Jika tidak, memang anak-anak itu akan tahu sendiri tetapi kita bimbang mereka mengetahuinya daripada sumber-sumber yang mungkin menjerumuskan mereka ke kancah yang ingin kita elakkan itu. Apatah lagi dengan dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari menerusi Internet.
Tambahan pula, ada bukti bahawa tanpa ilmu yang secukupnya ramai remaja yang tersilap langkah dan terpaksa mengakhiri hidup dengan pengalaman yang tidak menyenangkan.
Contohnya, ramai pelajar sekolah yang dihidapi AIDS akibat hubungan seks rambang dan ramai juga yang mengandung anak di luar nikah akibat hubungan seks yang tidak sepatutnya berlaku.
Ketika pelbagai pihak sibuk bercakap mengenai pro dan kontra mengenai pendidikan seks di sekolah, ramai yang alpa bahawa perkara itu sebenar terangkum dalam ajaran Islam.
Ia dibincangkang dengan jelas dalam bab taharah atau bersuci. Bab ini adalah yang terpenting dalam hidup setiap Muslim lebih-lebih lagi bab mandi wajib atau mandi junub. Tanpa memahami kaifiat atau cara-cara mandi junub, segala ibadat yang dilakukan adalah sia-sia.
Pensyarah Institut Pendidikan (Pendidikan awal kanak-kanak) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Penolong Profesor Dr. Mastura Badzis berkata, dalam Islam pendidikan seks sebenarnya telah bermula di peringkat prasekolah lagi.
Ini apabila kanak-kanak diajar dan boleh membezakan fizikal lelaki dan wanita serta jenis alat permainan mereka.
Beliau berkata, walaupun secara spontan kanak-kanak akan cuba bermain dengan semua alat permainan tetapi kita akan nampak kecenderungan mengikut jantina.
Demikian juga, katanya, dalam segi memperkenalkan anggota dan fungsi badan seperti kaki, tangan, dada dan sebagainya.
"Yang selalu berlaku silap, apabila tiba ke anggota sulit ibu bapa tidak beritahu kepada anak-anak yang berusia empat atau lima tahun tentang pantang larangnya.
"Kita perlu menjelaskan kepada anak-anak yang alat sulit itu hanya boleh disentuh oleh ibu bapa dan guru bagi tujuan membersihkan apabila ke tandas dan bukannya untuk tujuan lain," katanya.
Demikian juga bagi kanak-kanak perempuan, mereka perlu diberi penjelasan dan pengetahuan tentang haid apabila mencapai usia baligh.
Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran". Oleh itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu (al-Baqarah: 222).
Sebenarnya, menurut Dr. Mastura, kebimbangan masyarakat tentang pengenalan pendidikan seks di sekolah berkait dengan persepsi bahawa subjek itu akan menjurus kepada persoalan hubungan seks semata-mata.
Sedangkan, katanya, di Barat ia telah lama diajar dan diletakkan di bawah subjek Pendidikan Kesihatan, Sosial, Peribadi dan Ekonomi (PSHE).
"Jika tajuk itu menjadi halangan, maka ia boleh ditukar kepada Pendidikan Kesihatan dan Penjagaan Diri, misalnya," jelas beliau.
Seorang tokoh iaitu Dr. Mohd Aqlah (1990) (Jordan) dalam bukunya Tarbiyyatul aulad fil Islam melihat pendidikan seks sebagai sebahagian dari pendidikan dan pembentukan akhlak.
Menurut Dr. Mastura, antara adab-adab yang perlu dipupuk pada anak-anak berkaitan pendidikan ini adalah:
lCara duduk dan cara berkomunikasi
lMemahamkan kanak-kanak tentang perasaan malu, penjagaan kehormatan diri dan pisahkan tempat tidur pada usia 10 tahun adalah permulaan yang baik kepada pemahaman tentang pendidikan seks (walaupun tanpa diberitahu apakah itu hubungan seks).
lMenyemai adab meminta izin sebelum masuk ke bilik ibu bapa (surah an-Nur: 58)
lPemahaman tentang bab aurat dan rasional kenapa perlu menutup aurat
lPisah tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan bila usia masuk tujuh tahun (dari segi perkembangan kognitif, kanak-kanak di usia ini sudah mula boleh membezakan sesuatu yang yang konkrit dan abstrak serta di peringkat permulaan memahami sesuatu yang berbentuk konseptual)
lPendidikan tentang penjagaan maruah dan perwatakan diri contohnya tak boleh lihat aurat orang lain, larangan mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.
Kata Dr. Mastura lagi, berikut adalah tips hasil penulisan Dr. Hassan Shamsi Basha dari Beirut (2001):
lUsah menganggap anggota sulit sebagai suatu yang aib dan tak perlu disebut bila memperkenalkan anggota badan. Didik anak menerima dan menghargai dirinya seadanya.
lCuba menjawab persoalan anak tentang sesuatu yang berkaitan pendidikan seks dengan jawapan mudah difahami (sesuai mengikut peringkat umur) tanpa perlu diperincikan. Contohnya soalan, "Bagaimana adik boleh ada dalam perut umi"?
lApabila kanak-kanak semakin besar, boleh bercerita tentang proses kejadian manusia dan peringkat perkembangan janin dalam kandungan sehingga usia sembilan bulan.
lDidik anak tentang keselamatan diri: apa yang ada pada dirinya adalah miliknya. Jangan biarkan sesiapa menyentuh alat sulitnya kecuali untuk tujuan membersihkan atau sebab perubatan.
lPerhatikan tingkahlaku anak ketika bermain terutama jika bermain bercampur lelaki perempuan yang remaja dan kanak-kanak di bawah umur.




BERDUA-DUAAN lelaki dan perempuan di tempat sunyi pada waktu tengah malam boleh menjerumuskan diri ke dalam perlakuan zina.

Video Klip Cikgu Shida


Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan 'C.S.D.P 13' - Funny




For The Rest Of My Life - Maher Zain 'C.S.D.P 14' - Special
Ordinary





Pakai Buang - Stacy 'C.S.D.P 2' - Funny


Wednesday 9 March 2011

Pure Mediterranean Perfumes

Pure Mediterranean Perfumes adalah produk baru yang dilancarkan oleh pengeluar. Perfumes ini terdiri daripada 4 jenis. 1 jenis untuk lelaki dan 3 jenis untuk wanita. Tidak seperti produk lain, haruman Pure Perfumes ini boleh bertahan sehingga 2 hari. Produk ini dihasilkan tanpa alkohol dan sudah semestinya ia boleh digunakan di dalam solat.


Cepat!!! Dapatkan Pure Mediterranean Perfumes sebagai: 

  • hadiah hari lahir
  • hadiah ulang tahun perkahwinan
  • hadiah kepada pasangan kekasih
  • hantaran perkahwinan  
  • hadiah kepada guru  

Harga bagi setiap set Pure Mediterranean Perfumes ini (tidak termasuk kos penghantaran) adalah:

  • West Malaysia: RM28.00  atau
  • East Malaysia: RM32.00

                                                    
For Him - Macho Set                          For Her - Elegance Set


For Her - Sweet Set                              For Her - Sexy Set

For Him – Macho Set

PERFUME 1 – Inspired by Calvin Klein-Eternity
PERFUME 2 - Inspired by Dunhill-Desire Red
PERFUME 3 - Inspired by Ralph Laurent-Polo Sport
PERFUME 4 - Inspired by Hugo Boss-No. 6

CONTENT: 4 bottles x 2.5 ml




For Her – Sweet Set (Maroon)

PERFUME 1 - Inspired by Britney Spear – Fantasy
PERFUME 2 - Inspired by Paris Hilton – Paris Hilton
PERFUME 3 - Inspired by J.Lo – Live
PERFUME 4 - Inspired by DKNY – Be Delicious

CONTENT: 4 bottles x 3 ml





For Her - Elegance Set (Green)

PERFUME 1 - Inspired by Giorgio Armani – Acqua D Gio
PERFUME 2 - Inspired by Ralph Lauren – Polo Double Black
PERFUME 3 - Inspired by Dunhill – Desire Blue
PERFUME 4 - Inspired by Giorgio Armani – Balck Code 

CONTENT: 4 bottles x 3 ml




For Her – Sexy Set (Gold)

PERFUME 1 - Inspired by Salvatore Ferragamo – Incanto Shine
PERFUME 2 - Inspired by Ralph Laurent – Ralph
PERFUME 3 - Inspired by Lancome – Hypnose
PERFUME 4 - Inspired by Cacharel – Amor-Amor

CONTENT: 4 bottles x 2.5 ml

Saturday 5 March 2011

Hari Bertuah Aku Dengan Isteriku

Pada mulanya aku berasa tension sebab tak dapat pergi hari keluarga untuk ofis bini aku.. aku terpaksa pergi kesekolah sebab ada Mesyuarat Agong PIBG pada hari ini. tapi aku terima semuanya dgn redha la,.. nak buat macam mana tugas la katakan.. hahahah...
 Apa yang aku nak ceritakan yang bertuah kepada ko orang semua sebab aku dapat hamper masa cabutan bertuah di sekolah.. kiranya aku nih termasuk dalam 30 orang yan bertuah la daripada 250 orang yang berada disitu...
Nak dijadikan cerita, Isteri aku pun dapat cabutan bertuah jugak pada hari ini. tapi hadiah dia lebih mahal dari aku la.. dia tak apa la sponsor banyak.. tak macam di sekolah.. dia dapat mixer.. okla tuh.. nak ceritakan aku dgn dia bertuah je pada hari ini.. tak kira la hadiah tuh mahal ke murah.

Friday 4 March 2011

Ubat Untuk Orang Yang Susah Mendapat Zuriat (Pokok Gingseng atau Som)

Ginseng memang sudah diakui oleh masyarakat antarabangsa sebagai satu penawar bernilai semulajadi.  Malah perkatann ginseng ini diertikan sebagai 'keajaiban dunia' kerana khasiatnya yang menyeluruh dan unik.
 
Disini aku ingin berkongsi dengan ko orang semua tentang rahsia poko gingseng atau som.. banyak orang cerita tentang khasiat dia..
 
Aku hanya ingin ceritakan salah satu dari khasiat dia..  pokok ini sebenarnya dapat membantu orang yang sudah lama tak mempunyai zuriat.. bukan kita nak percayakan kepada pokok.. tapi salah satu dari ikhtiar kita.. selebihnya kita berserahlah Kepada Allah Taala.. Sekiranya ada rezeki Insyallah orang itu akan mendapat zuriat selepas itu...
 
Bagaimana cara untuk kita gunakan pokok ini..
 
pertama sekali kita kena ambik akar pokok ini .. dan selepas tu buat sup ayam kampung dengan menggunakan akar pokok gingseng.. kalau nak tahu akar dia kalau kena air dia akan jadi belindir.. tapi dia tidak akan turun belendir dia didalam sup..
 
kepada pembaca semua .. ko orang jangan la segan2 nak makan akar dia tuh.. dia tak rasa apa pun .. hanya rasa macam ubi sahaja...
 
Di sini aku ingin tunjuk gambar bunga dan akar dia...
 
 
                                                          Gambar bunga pokok gingseng
 
                                                                  
                                                         Gambar akar pokok gingseng


Harap kepada semua yang masih tidak mempunyai zuriat.. jangan la segan2 untuk mencuba cara ini.. dan jangan lupa untuk mintak dengan yang maha esa sama... kita hanya berikhtiar sahaja.. yang betul dapat membantu kita hanya lah Allah taala...
 
 
Mari eramal.. heheheh

Ayat Al-Quran Sebagai Penawar

Satu hakikat yang kita patut tahu ialah  sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran.  Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.  Yakinlah tentang hakikat ini.

Bagi sesiapa yang ingin mengamalkannya, sila baca Surah Al Buruuj sepenuhnya sebanyak tiga kali setiap malam.  Jika dapat melakukannya selepas solat Fardhu atau solat sunat malam, ia adalah lebih baik.

Permulaan Surah Al Buruuj

Selepas membaca Surah ini, teruskan berdoa kepada Allah SWT memohon mendapat kelapangan dari masaalah gastritis yang dialami.  Insya Allah, kita akan sentiasa diberkati dan dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan baik.

Cara-Cara nak menyimpan dengan betul

Assalamualaikum pembaca semua..
Aku Hari ini sekadar mahu berkongsi dengan kamu semua...
Bagaimana cara untuk menyimpan duit dengan betul?

Untuk orang yang baru mula bekerja.. ko orang semua paling banyak boleh simpan duit. contohnya ko mahu simpan duit 60K dalam masa 3 tahun.. memang boleh dan senang dilakukan.. Rahsianya senang sahaja. Tapi dengan syarat.. ko orang semua tak boleh kawin terlalu awal.. ini utk jangka masa 3 tahun sahaja..

Langkat pertama..
Ko orang buat pinjaman peribadi sebanyak 50K dekat bank rakyat.

Langkah kedua..
Ko simpan duit tu dalam ASB..

Langkah ketiga..
Ko orang tak boleh keluarkan langsung duit tu..

Ko orang semua nak tahu apa kesannya..
Disini aku mahu bukakan mata ko orang semua..

Aku suruh ko org buat pinjaman 50K tu dgn singkat.. sebab masa tu ko orang tak ada tanggunggan.. ko orang cuba bayangkan dalam masa 3 tahun ko orang akan dapat lebih dari 60K

Ok..

Untuk tahun pertama.. katalah dividen ASB 8%.. ko orang ada kat sana 50K .. dividen tahun tu ko orang akan dapat 4K. duit ko orang dah jadi 54K..

Untuk tahun kedua.. duit ko orang 54K.. dapat dividen 8%.. dividen tahun tu ko orang akan jadi 4320.. duit ko orang dah jadi 5820..

Untuk tahun ketiga.... duit ko 58,320.. dapat dividen 8% ...dividen tahun tu ko orang akan dapat 4,650.. duit ko orang dah jadi 62,970..

Ko orang semua boleh nilai.. tu aku ambik dividen yang minima.. sekiranya 10%.. ko orang akan dapat banyak lagi dividennya..

Memang pada 3 tahun pertama ko orang akan hidup berjimat.. selepas 3 tahun tuh ko orang paling mewah.. gaji dapat penuh balik.. simpanan dah ada 60K lebih.. bayangkan kalau sepuluh tahun ko orang tak usik duit tuh dah jadi berapa simpanan ko orang semua.. mungkin dah 150K ataupun lebih...

50K untuk 3 tahun dengan bank rakyat.. ko orang hanya kena bayar 1527 je sebulan. kalau gaji ko orang 2500 ko orang ada dekat seribu lagi baki setiap bulan..

Itu sahaja aku nak berkongsi dengan ko orang setakat ini..
Pikir-pikir dan renungkan la apa yang aku kata.. terpulang lah pada ko orang nak menerima ke tak..

renung2kan... heheheh
Boleh jadi kaya bro...

Thursday 3 March 2011

Macam-macam Ada

Salam perkenalan. Idea kawe menulis blog "Macam-macam Ada" ni sebenarnya adalah hasil daripada sokongan isteri kawe yang tidak jemu-jemu menyuruh kawe menulis sesuatu dalam blog sebagai mengisi masa lapang. Kawe tulis ni suko-suko ja.

Wassalam...